“ Mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim. Katakanlah "Islah - Perbaikilah keadaan mereka adalah yang terbaik" ”
إِصْلاَحٌ
Pendidikan
Kebajikan
Keperibadian
Kemahiran
Kekeluargaan
Berdikari
Bantu Kami
Anak-anak yatim/miskin juga seperti anak-anak kita. Mereka adalah golongan yang mendapat perhatian Allah SWT, golongan istimewa dengan kepelbagaian latar belakang dan personaliti tersendiri. Anda boleh mencaknai mereka dengan membantu apa yang terdaya samada dari segi keperluan asas, pembiayaan pengajian, kemahiran ketrampilan, motivasi pendidikan dan lain-lain lagi. Anda boleh menjadikan mereka riang gembira dan tersenyum sentiasa. Kiranya anda dari kalangan yang berkemampuan, bantulah anak-anak ini, mereka adalah anak-anak yang kurang bernasib baik.
Derma
Hak yang Sama
Anak-anak Yatim/Miskin juga mempunyai hak yang perlu diberi sama seperti anak-anak kita. Mereka berhak untuk disantuni, dihormati dan dilindungi dengan baik. Mereka juga berhak mendapat peluang pendidikan yang sempurna dan berkualiti samada mereka ini dalam kategori yatim piatu, yatim bapa atau yatim ibu. Di Rumah Putera/Puteri Harapan mereka dijaga, dibela dan diasuh seperti “anak-anak sendiri”. Kami istiqamah dan iltizam untuk menyediakan perkhidmatan berupa kemudahan, kebajikan, kemahiran dan peluang pendidikan yang lebih baik.
Derma
Cakna
Semua anak-anak Yatim/Miskin berhak untuk hidup selesa, terasa dilindungi dan mendapat sentuhan kasih sayang berterusan. Dokongan dan sokongan anda dapat merealisasikan impian mereka. Kecaknaan dan kepedulian anda boleh mengangkat tahap dan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik. Anda adalah mata rantai masyarakat yang prihatin, moga masyarakat cakna yang dihasratkan mampu memastikan anak-anak yatim sentiasa terbela.
Seramai 7 orang Kakitangan YAATIM didedahkan secara langsung dalam pengunaan Aplikasi Adobe Photoshop. Berlangsung selama sehari di Dewan Arafah pada 6 Feb, 2017.